biarpun kelembutan
kadang-kadang boleh menjadi kejam
perkara yang dicari-cari
akan membuatkan jawapan yang ditemui hilang
bandar itu
sesudah hujan berhenti
menampakkan pelangi
aku akan pergi
pasti sesuatu terjadi
kerna aku punyai kau
kerna aku punyai hari esok
manusia tidak boleh hidup
hanya dengan diri sendiri
dan aku rasakan kau dekat di sisi
dan
kerna kau tahu
jumlah air mata dan kesakitan
dan
merenung tembus mata jernih itu
mencari alasan
aku mahu lihat kau tersenyum.