aku selalu dinasihat
mereka cakap putuskan saja
kerana masa depan bukan milik kita berdua
takkan kekal terikat
benang merah di jari kita
tapi,
biarlah...
abaikan sahaja masa depan
atau benang merah atau jingga atau kuning
sekarang...
aku mahukan 'sekarang'.
esok?lusa?
biarkan aku tertanya...
tak mengapa
yang aku tahu
sekarang...
biar pahit
mahupun manis
aku mahu menikmatinya
kerana aku sudah ketagih