hipokrasi


"kenapa?"

"kerana awak terlalu baik untuk saya.saya yakin kat luar sana banyak lagi lelaki yang lebih baik dari saya untuk awak"

marina senyum.sinis.

"baik,saya lepaskan awak,hanya jika awak mampu buktikan kata-kata awak tu"

"maksud awak?"

"awak carikan lelaki yang lebih baik dari awak untuk saya."

kasim terdiam."baik."jawabnya pendek

dan pencarian lelaki baik pun bermula.setiap kenalan dan kawan-kawan yang dirasakan sesuai kasim kenalkan pada marina.namun tidak juga dikata marina lebih baik darinya.malah lelaki yang dikenali kasim di tempat-tempat awam seperti pasar malam,surau,LRT,tandas awam turut ditolak marina.

sehinggalah saiful,kawan sekolah kasim muncul.seorang bakal ustaz yang baru menghabiskan pengajian di kaherah,mesir.tinggi ilmu agama,hensem,mempunyai perniagaan sendiri pada usia muda,pendek kata idaman makcik-makcik untuk dijadikan menantu.namun kali ini,saiful yang menolak marina dengan alasan sudah punya pilihan hati.

kasim buntu.malah kawan-kawan dan kenalannya turut meluahkan rasa tidak puas hati pada kasim.kasim tidak mempunyai piliha melainkan menceritakan pada marina dengan penuh rasa bersalah.

"mereka kata awak terlalu memilih."

"saya hanya harap ada yang mampu rampas hati saya dari awak.itu sahaja.dan untuk itu,orang itu logiknya harus lebih baik dari awak."

"tapi awak xlayak untuk memilih.kalau awak tu sempurna xpe",kasim mula hilang sabar

...

"kan senang."
"kan senang kalau dari dulu awak cakap macam ni"
"tu je yang saya nak pastikan"
"h.i.p.r.o.k.r.i.t"

dan marina berlalu tanpa menoleh lagi.