mimpi



lelaki itu bermimpi tentang perempuan yg pernah memegang kunci hatinya
padahal,kejadian ditinggalkan cinta 5 bulan lepas sudah pun dilupakannya
dalam sedarnya 100% dia tidak punya perasaan lagi pada perempuan itu
pelik sungguh
dalam mimpi itu,mereka tetap hanya kawan
fakta bekas kekasih itu juga ada dalam mimpi itu
si lelaki yang ditinggalkan bersikap sedikit sakarstik
dan si perempuan yang meninggalkan hanya menelan rasa bersalah
mimpi itu biasa

cuma,mimpi itu
mengingatkan kembali sebab-sebab
mengapa lelaki itu sukakan perempuan itu dari mulanya
mimpi itu mimpi yang indah baginya
tapi pada masa yang sama menakutkan
seperti menyatakan
usaha 5 bulan melupakan perempuan itu adalah sia-sia
hampir saja lelaki itu menagis dalam tidurnya

namun,Tuhan kasihkan lelaki itu
dan menghantar perempuan lain baginya

'tok'tok'tok'

"Qa,keluar makan"

lelaki tadi terjaga dari lenanya

"Miqail.mak buat laksa ni.mari makan"

"baik mak~" [bangun dan basuh muka]


sambil makan laksa,hatinya tenang
kerana dia tahu,inilah realiti dan normal hariannya
hidup tanpa si perempuan
dan dia hidup dengan baik




mimpi itu,sekadar mainan tidur