memang sengaja
sengaja aku cari salah kau
sengaja aku cari cela kau
perlahan-lahan
sengaja aku jauhkan diri dari kau
memang sengaja
cari bahan untuk kutuk kau
cari alasan untuk benci kau
perlahan-lahan
aku harap hati aku tawar utk kau
sebab aku tahu
aku yg tinggal dalam dasar lautan yg gelap
xkan mampu capai kau di angkasa lepas
tapi tetap
bnykmana salah kau
terukmana cela kau
tak juga dapat aku kutukbenci kau
tetap
manis juga hati aku untuk kau
Tuhan,
jagakan hati aku.
yang hidup segan mati tak mahu ni
sebab aku tak tahu
perkara ghaib,qada qadar Kau.