individu



andai bulan menjelma sebagai manusia
bagaimana rupanya?
andai matahari menjelma sebagai manusia
bagaimana rupanya?
andai bintang,kabus,awan dan pelangi
turut menjelma sebagai manusia
hurm...
bagaimana rupanya?
apakah sifatnya?
aku
ingin tahu
tapi tak mungkin semua itu berlaku
kerana bulan adalah bulan
matahari adalah matahari
bintang,kabus,awan dan pelangi
adalah diri mereka sendiri
sepertimana kau adalah kau
dan aku adalah aku
kita entiti berbeza