kelar dada sendiri,dia keluarkan hatinya
warnanya merah berbalut darah
dia perah ke dalam segelas cawan sehingga melimpah
lalu disiram taman daisi dgn cecair merah itu
dan menjelma daisi merah hati pertama dunia
namun,bukan itu inginnya
dia mahu
jemur hatinya biar kering
tiada lagi rasa itu ini
sungguh aneh...
ada rasa juga,rasa masin seperti ikan kering
dia panaskan periuk
dan masak gulai hati masin
3 sudu teh air mata sbg perasa
habis licin kenyang burpp~[alhamdulillah]
dan dia lupa mengapa dia ingin keringkan hatinya