aku masuk bilik perempuan cantik
'hei'
aku dengar suara dari dalam
dan aku perkemaskan baju dengan hati yang berdebar-debar
'masuklah,pintu tak berkunci'
aku pulas tombol...sejuk.
tombol yg selalu di pulas patutnya hangat
mungkin tak ramai yang datang sini
'sini,duduk sini.di sisi aku'
perampuan cantik itu menepuk tilam di sebelahnya
hati aku macam nak meletup
'tengok betul-betul,peluang macam ni tak selalu ada'
lalu dia berdiri di depan aku
menanggalkan pakaian satu persatu
mancarik isi dan kulit
melapah lapisan dinding dirinya
hingga ke tulang
hampir terkejut
tapi aku faham tindakan perempuan cantik
di balik ilusi cantik itu
aku nampak kecacatan
luka dan parut
di balik ilusi cantik itu
warnanya tak menarik
suram
di balik senyuman yg ceria itu
adalah bilik yang sejuk.
dengan keadaan yang begitu
perempuan cantik menoleh
merenung dengan tulus
dengan nada sedikit sinis bertanya
'sekarang'
'masih kah aku yang kau mahu?'
ya.
sayang, lumrah manusia tidak indah
jauh lagi sempurna
aku takkan tipu ini perkara senang
tapi susah inilah bayaran kita
ingatkan nak tunjuk ape tadi
ya,aku pasti susah
tapi hati tetap gembira dan bersyukur
aku berdiri bersiap-siap nak balik
'sebelum aku dapat tukar bilik ni jadi hangat,aku akan dtg dgn baju tebal2'
'kau tak kisah kan.'
'esok datangla bilik aku'
'...'
'pasti kau cair'