mahu baiki kamu


biar aku jahitkan jiwamu
dengan perca kain bewarna-warni
walau berparut tetap berseni

izin ku tanggalkan wajah masygulmu
menoreh ukiran senyuman yang kekal
dan berdoa kapas di langitmu tidak lagi kelabu

untuk hatimu
aku tidak mahu seluruhnya
cukuplah sakadar baki lebihan cinta
selain cintamu pada-Nya